About Me

Lebah boleh ‘arah’ pokok berbunga awal


ZURICH, Switzerland -Sekumpulan saintis di Switzerland mendapati lebah menggigit daun pokok dalam tindakan manipulasi supaya bunga pokok tersebut mekar lebih awal daripada biasa, lapor sebuah portal berita kelmarin.

Kajian mereka mendapati perbuatan tersebut mendorong pokok tomato mekar sebulan lebih awal dan pokok sawi mekar dua minggu lebih awal.

Lebah dikatakan berbuat demikian ketika keluar pada awal musim panas.

Perbuatan menggigit daun itu dikatakan menjadi cara untuk lebah memberitahu bunga bahawa ia memerlukan makanan (madu) dan menawarkan khidmat sebagai ejen pendebungaan sebagai balasan.

Kumpulan saintis tersebut telah meniru cara lebah tetapi kurang berjaya. Daun pokok yang mereka cucuk menggunakan peralatan tajam gagal mendorong pokok tersebut mekar lebih awal seperti yang dilakukan oleh lebah.

Susulan itu, mereka percaya lebah mempunyai peralatan biologi lain selain mandibel yang digunakan untuk menggigit daun bagi mendorong bunga mekar lebih awal.

Sekiranya mekanisme lebah itu dapat dirungkai, ia bakal menjadi antara penemuan terbesar dalam pembangunan pertanian selepas penemuan baja nitrogen.

Di sebalik kesan perubahan iklim, lebah mempunyai keupayaan untuk memanipulasi pokok pilihannya supaya menghasilkan bunga pada waktu yang diperlukan bagi mengelakkan kebuluran. 
– Agensi

- Kosmo

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!