About Me

Langgar SOP, 761 individu ditahan


Kuala Lumpur: Task Force Operasi Pematuhan diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam, menahan 761 individu atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, seramai 741 individu dikenakan kompaun, 19 orang direman manakala seorang lagi dijamin.

"Antara kesalahan direkodkan ialah rentas negeri atau daerah tanpa kebenaran (197), tidak memakai pelitup muka (152), gagal merekod butiran diri atau daftar masuk premis (127) dan tiada penjarakan fizikal (100) kes.

"Selain itu, kesalahan membawa penumpang berlebihan sebanyak 62 kes, tidak patuh arahan kawalan pergerakan (61), premis gagal patuhi arahan (15) dan lain-lain sebanyak 47 kes," katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu beliau berkata, Operasi Benteng semalam menahan 14 pendatang asing tanpa izin (Pati) dan merampas enam kenderaan darat.

Katanya, dalam operasi itu, sebanyak 165 buah kapal turut dikesan di perairan negara melalui lapan aktiviti penglihatan.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!