About Me

Lahir anak di sekatan jalan raya


Kota Samarahan: Wanita selamat melahirkan bayi perempuan di dalam kereta dengan bantuan dua polis wanita Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Samarahan yang sedang bertugas menjaga sekatan jalan raya (SJR) di Expressway Kuching - Samarahan, malam tadi.

Dalam kejadian 11.50 malam itu, wanita berusia 26 tahun berasal dari Kampung Semera Ulu, Asajaya bersama suaminya berusia 28 tahun melalui SJR ketika dalam perjalanan ke Hospital Umum Sarawak (HUS).

Lans Koperal Noor Fatihah Azelam, 27, berkata, dia yang bertugas menjaga SJR bermula jam 4 petang hingga 12 tengah malam bergegas membantu selepas dimaklumkan seorang lelaki yang isterinya mahu bersalin.

"Selepas menghampiri kereta berkenaan, saya melihat wanita itu sudah melahirkan anak.

"Saya membantu merungkaikan tali pusat yang berbelit di leher bayi itu," katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, selepas itu dia dibantu rakannya, Koperal Perakson Jennie, 40, untuk menyelimutkan bayi berkenaan yang kesejukan menggunakan tuala.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Samarahan, Deputi Superintendan Sudirman Kram berkata, suami wanita itu yang berada dalam keadaan panik terus memandu ke arah SJR untuk mendapatkan bantuan.

"Anggota kita mendapati wanita berkenaan sudah melahirkan anak dan membantu menyambut kelahiran bayi itu.

"Kebetulan seorang lagi anggota yang hendak melapor bertugas turut membantu menyelimutkan bayi menggunakan kain tuala yang dibawa," katanya.

Katanya, bayi bersama ibunya kemudian dibawa ke HUS untuk mendapat rawatan lanjut.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!