About Me

Kucing memberi reaksi aneh, rupa-rupanya ada tedung selar 2.5 meter


MERSING: Curiga dengan reaksi aneh kucing peliharaan menyelamatkan sebuah keluarga daripada ancaman ular tedung selar sepanjang 2.5 meter di Felda Lembaga Batu 5, Jalan Endau-Mersing di sini, hari ini.

Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP) Endau, PBK II Mohd. Supian Yahya berkata, seramai sembilan anggota dihantar ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan khidmat khas menangkap ular itu pada pukul 11.02 pagi.

“Kami dimaklumkan pemilik rumah bahawa kejadian itu disedari selepas mereka melihat reaksi pelik seekor kucing yang dibela berhampiran bilik air rumah berkenaan.

“Melihat keadaan itu pengadu cuba memeriksa kawasan bilik air dan mendapati terdapat seekor ular tedung selar berada di belakang sebuah baldi dalam bilik air terbabit.

“Bomba kemudian mengambil masa lapan minit menangkap reptilia itu menggunakan dua penjerut kerana ular tersebut besar yang dianggarkan panjangnya 2.5 meter,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mohd. Supian turut menasihatkan orang ramai agar tidak mengambil tindakan sendiri sekiranya menjumpai haiwan berbisa seperti itu terutama ular dan segera menghubungi pasukan bomba atau talian kecemasan 999 tanpa menangkap sendiri haiwan tersebut.

“Kita minta juga agar pengadu mengawasi dan memerhatikan lokasi ular sementara menunggu kehadiran pihak bomba.

“Ini kerana pernah berlaku kejadian apabila pihak bomba sampai ular yang ditemukan pada awal itu telah menghilangkan, jadi usaha mencari reptilia itu akan mengambil masa.

“Kita juga minta agar orang ramai jangan sesekali menangkap ular yang ditemukan kerana bimbang akan keselamatan diri, sebaliknya terus hubungi pihak penyelamat,” katanya. 

– UTUSAN ONLINE 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!