About Me

KPDNHEP Terengganu siasat kenaikan harga makanan ternakan


Kuala Terengganu: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu akan menjalankan siasatan segera berhubung isu kenaikan harga makanan ternakan di pasaran.

Pengarah KPDNHEP Terengganu Saharuddin Mohd Kia berkata, pihaknya sedia maklum dengan kenaikan harga makanan ternakan di pasaran sejak akhir-akhir ini.

"Bagaimanapun, tiada laporan secara rasmi yang diperolehi daripada penternak atau pengguna mengenainya sehingga sekarang.

"Bagaimanapun, kami akan membuat pemantauan harga makanan ternakan di pasaran.

"Sekiranya berlaku kenaikan harga yang tidak munasabah dan mempunyai unsur pencatutan, tindakan boleh diambil," katanya ketika dihubungi hari ini.

Harian Metro sebelum ini melaporkan penternak lembu dan kambing semakin 'terhimpit' berikutan kenaikan harga makanan ternakan di pasaran.

Kenaikan harga makanan palet yang mendadak daripada RM43 kepada RM55 seguni iaitu seberat 50 kilogram (kg) membuatkan segelintir penternak terpaksa melepaskan ternakan berkeliaran mencari makanan.

Menurut Saharuddin, siasatan akan dijalankan bagi mengenal pasti punca harga makanan ternakan itu semakin meningkat.

"Jika ada sebarang keraguan, pihak KPDNHEP akan mengeluarkan notis tunjuk sebab kepada peniaga.

"Kita tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil tindakan ke atas peniaga dan perlu jalankan siasatan dahulu untuk mengetahui punca utama kenaikan harga makanan ternakan itu sebelum mengeluarkan notis," katanya.

Menurutnya, bekalan makanan ternakan berada di bawah bidang kuasa dan kawalan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA), oleh itu perbincangan akan dijalankan bersama MOA untuk mencari jalan penyelesaian terbaik.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!