About Me

Kompaun RM189,500 hasil pemeriksaan ke atas 15 kilang


Petaling Jaya: Sebanyak 10 kompaun bernilai RM189,500 dikeluarkan menerusi pemeriksaan ke atas 15 kilang di sekitar daerah ini kerana didapati gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Operasi pematuhan SOP bersepadu itu bermula pada 11 pagi, hari ini membabitkan 106 anggota pelbagai agensi iaitu polis, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Selangor, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, antara kesalahan dilakukan ialah menyalahgunakan surat kebenaran MITI untuk sektor yang tidak dibenarkan dan pelanggaran SOP am seperti pekerja tidak mengimbas MySejahtera untuk daftar masuk.

"Jumlah keseluruhan kompaun RM189,500 dikeluarkan oleh pelbagai agensi berkaitan ke atas pengusaha kilang, pemilik premis dan pekerja," katanya ditemui selepas tamat operasi itu.

Turut serta operasi itu, Pengarah MKN Selangor, Faizatul Aini Mohd Adnan.

Mohamad Fakhrudin berkata, sebanyak empat premis juga diarah tutup oleh MITI kerana tidak tersenarai dalam perkhidmatan perlu, dengan notis arahan itu berkuat kuasa serta merta hingga PKP berakhir.

"Sejak 1 Jun lalu sebanyak 18 kompaun dikeluarkan kepada kilang yang melanggar SOP, ia adalah hasil aduan awam dan pemeriksaan berkala di sekitar daerah ini," katanya.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!