About Me

Kompaun RM173,500 dalam tempoh dua minggu


Kuala Terengganu: Dalam tempoh 14 hari, sebanyak 19 kompaun bernilai RM173,500 dikeluarkan ke atas peniaga dan individu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negeri ini.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu, Saharuddin Mohd Kia berkata, kompaun itu membabitkan kesalahan gagal menyediakan peralatan saringan suhu, tidak merekod butiran diri dalam daftar masuk, tiada penjarakan fizikal dan melakukan aktiviti yang menyukarkan penjarakan fizikal.

Katanya, ia dikeluarkan berdasarkan 644 pemeriksaan sepanjang PKP 3.0 yang bermula 1 Jun lalu, mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

"Selain pemeriksaan pematuhan SOP rutin, KPDNHEP turut melakukan pemeriksaan secara bersama membabitkan agensi-agensi penguatkuasaan yang lain iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

"Pemain industri dan orang ramai dinasihatkan supaya tidak mengambil mudah kepentingan menjaga SOP bagi mengelak risiko jangkitan dan kewujudan kluster baharu Covid-19, malah individu yang ingkar akan dikenakan tindakan berdasarkan kuasa yang diberikan di bawah Akta 342," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Saharuddin berkata, pihaknya memberi jaminan bahawa bekalan minyak masak negeri itu mencukupi dan tidak akan berlaku kekurangan bekalan di semua peringkat rantaian pengedaran.

Beliau turut menekankan keperluan untuk pengguna memahami perbezaan minyak masak bersubsidi dan tidak bersubsidi bagi mengelak kekeliruan sekali gus dakwaan kenaikan harganya tidak dikawal kerajaan.

"Kenaikan harga minyak masak tidak bersubsidi ditentukan oleh harga pasaran minyak sawit mentah dunia, manakala minyak masak paket satu kilogram disubsidi kerajaan dan harga dikawal pada RM2.50 sekilogram.

"Bagi memastikan bekalan sentiasa mencukupi dan dapat dinikmati ramai pengguna, pihak pasar raya adalah dibenarkan untuk membuat kawalan kendiri dengan mengehadkan pembelian minyak masak paket bersubsidi," katanya.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!