About Me

Kilang plastik tipu surat MITI dikompaun


SEBERANG PERAI – Pemilik sebuah kilang plastik di Taman Kerapu, Butterworth di sini dikompaun RM20,000 atas dua kesalahan kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh, semasa operasi hari ini.

Dalam serbuan kira-kira pukul 9.30 pagi itu, kilang berkenaan didapati menyalahgunakan surat kebenaran oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bagi tujuan perubatan.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor, hasil siasatan mendapati kilang itu menghasilkan barangan plastik bukan untuk tujuan perubatan.

“Justeru pemiliknya dikompaun RM10,000 kerana menjalankan perniagaan bukan perlu tanpa kebenaran, manakala RM10,000 lagi atas kesalahan gagal memastikan dua pekerja warga Indonesia mengimbas kod QR MySejahtera.

“Dua pekerja lelaki berkenan juga ditahan kerana gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kilang terbabit turut dikompaun oleh Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) kerana menjalankan perniagaan tanpa lesen pejabat urusan dan tiada lesen MBSP.

Dalam pada itu, Noorzainy berkata, ketika operasi di kilang kedua di Jalan Siram, Butterworth, pihaknya mendapati tiada perlanggaran SOP, namun dikenakan tindakan kerana tiada lesen MBSP dan gagal mempamerkan nama syarikat oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). 

-K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!