About Me

Kilang perkhidmatan perlu konon


Sungai Siput: Kilang kayu di Kawasan Perindustrian Sungai Siput di sini dikompaun RM10,000, hari ini selepas didapati memalsukan butiran dengan mengisytiharkan operasinya sebagai perniagaan perkhidmatan perlu ketika sekatan pergerakan penuh berkuatkuasa.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, selain kompaun yang dikeluarkan terhadap pemilik premis berusia 70-an, kompaun RM2,000 turut dikeluarkan masing-masing terhadap lapan pekerja di kilang itu.

Beliau berkata, pemeriksaan di kilang berkenaan, 10.45 pagi tadi yang dijalankan pihaknya bersama Jabatan Perhutanan Daerah Kuala Kangsar mendapati kilang itu beroperasi dengan kebenaran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang dipalsukan mengenai jenis operasi perniagaannya.

"Kilang terbabit merupakan kilang kayu namun pemiliknya isytihar kepada MITI sebagai perniagaan 'hardware.' Pemilik premis maklum dengan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) yang dilakukannya selain mengaku menyalahgunakan kelulusan itu," katanya ketika dihubungi.

Katanya lagi, tindakan ke atas pemilik premis dilakukan mengikut Peraturan 17(2) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021 selain Seksyen 17(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 bagi lapan pekerja yang dikompaun.

Mohd Khaizam berkata, manakala 17 warga Bangladesh yang merupakan pekerja kilang itu ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Siput untuk tindakan lanjut.

Katanya, susulan itu kilang terbabit diarahkan tutup serta-merta dengan pihaknya akan memaklumkan kepada MITI bagi membatalkan kelulusan operasi kilang berkenaan.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!