About Me

Kilang minuman keras diarah tutup serta-merta - Ismail Sabri


KUALA LUMPUR : Kerajaan telah mengarahkan operasi kilang minuman keras ditutup berkuat kuasa serta-merta dalam tempoh 'total lockdown'.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kebenaran untuk beroperasi hanya diberikan kepada kilang-kilang berasaskan makanan dan minuman, namun hanya bagi keperluan asas.

“Oleh yang demikian, kilang minuman keras tidak termasuk dalam kategori keperluan asas.

“Sehubungan dengan itu, kerajaan hari ini bersetuju supaya semua kilang-kilang minuman keras di seluruh negara ditutup serta-merta,” katanya dalam kenyataan media pada Selasa.

Sebelum ini, kerajaan memaklumkan kesemua sektor perkilangan ditutup kecuali 12 kategori yang dibenarkan untuk beroperasi sepanjang tempoh 'total lockdown' atau Perintah Kawalan Pergerakan PKP3.0.

- Awani 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!