About Me

Kes tular remaja OKU hilang bukan diculik


Gombak: Video yang mendakwa berlaku kes culik membabitkan remaja orang kurang upaya (OKU) di Rawang, hari ini, hanya salah faham.

Kejadian pada jam 9 pagi itu berlaku apabila remaja terbabit bersama ibunya yang berusia 54 tahun ke warung di Bandar Country Homes untuk membeli sarapan.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, siasatan mendapati remaja terbabit berjalan seorang diri tanpa pengetahuan ibunya dan menahan sebuah kenderaan yang ketika itu melalui kawasan berkenaan.

"Kenderaan yang dipandu oleh lelaki tempatan (tanpa penumpang lain) itu berhenti dan membenarkan mangsa menaiki kenderaannya.

"Pemandu kenderaan iaitu seorang lelaki berusia 80 tahun bertindak membenarkan mangsa menaiki kenderaannya dan beranggapan mangsa meminta pertolongan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Zainal berkata, bagaimanapun pemandu kereta terbabit tidak pasti arah tuju hendak membawa mangsa kerana mangsa tidak berkata apa-apa.

"Kereta lelaki itu kemudian ditahan oleh beberapa kenderaan dan orang awam di sekitar Saujana Rawang dan menuduh dia membawa lari mangsa.

"Daripada siasatan yang dijalankan, polis mengesahkan tiada elemen culik atau melarikan dengan cara yang salah sebagaimana yang ditularkan," katanya.

Menurutnya, dalam kes ini, wanita terbabit turut membuat penarikan laporan polis yang sebelum ini diklasifikasikan sebagai kes Orang Hilang.

Terdahulu, tular video berdurasi 26 saat mendakwa seorang lelaki melarikan remaja OKU di Rawang.

Video terbabit turut memaparkan lelaki berkenaan ditendang seorang wanita yang menahannya.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!