About Me

Kes pandu uji MB Kedah, polis tunggu nasihat Pengarah Pendakwaan Negeri


BUTTERWORTH: Polis menunggu nasihat dan pandangan undang-undang daripada Pengarah Pendakwaan Negeri (PPN) bagi menentukan tindakan seterusnya terhadap Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md. Nor berhubung dakwaan memandu uji kenderaan di Auto City Juru, Bukit Mertajam di sini baru-baru ini.

Ketua Polis negeri, Datuk Sahabudin Abdul Manan berkata, pihaknya telah melengkapkan kertas siasatan berhubung kejadian itu dan menyerahkannya kepada PPN.

“Kita telah hantar kertas siasatan ke Bukit Aman dan diserahkan kepada PPN untuk diteliti dan memberi cadangan selanjutnya.

“Sama ada untuk kompaun atau apa-tindakan, kita tunggu nasihat dan pandangan undang-undang PPN,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Sahabudin, polis juga telah menjalankan siasatan lanjut termasuk meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berkenaan dan mengambil keterangan beberapa individu.

Sebelum ini gambar dan video Menteri Besar Kedah berkenaan yang didakwa memandu uji sebuah kenderaan pacuan empat roda di Auto City Juru dekat sini ketika dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tular dan menjadi sensasi di dalam laman sosial.

Sehubungan itu, polis menjalankan siasatan selepas menerima laporan mengenainya dan merekodkan keterangan tujuh individu termasuk Muhammad Sanusi berhubung dakwaan melanggar prosedur operasi standard (SOP) PKP.

Antara individu yang diambil keterangan ialah dua pengadu termasuk seorang wanita yang merakam video di lokasi kejadian; dua kakitangan syarikat jualan kereta; seorang pemandu serta pengiring kepada Muhammad Sanusi.

- Utusan

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!