About Me

Kereta Terjunam Dalam Tasik, Ayah Terkial Pakai ‘Life Jacket’ Sayu Anak Tak Dapat Diselamatkan


Malang tidak berbau. Itulah ungkapan paling sesuai menggambarkan detik cemas yang berlaku kepada keluarga ini apabila kereta yang dinaiki telah terjunam ke dalam sebuah tasik gara-gara jambatan yang dilalui mereka terputus. Paling meruntun hati apabila mengetahui salah seorang mangsa yang berada di dalam kenderaan tersebut disahkan meninggal dunia.

Angin kencang, jambatan putus
Memetik laporan CNN Indonesia, insiden ngeri tersebut berlaku pada 31 Mei 2021 yang lalu di Dermaga Ambarita, Indonesia. Ketika kejadian, kereta yang dipercayai dinaiki empat orang ahli keluarga ini sedang menyeberang jambatan namun secara tiba-tiba jambatan penghubung di pelabuhan terbabit telah runtuh sehingga menyebabkan kereta jenis Toyota Avanza itu tenggelam di dalam sebuah tasik pada kedalaman 10 meter.

Menurut sumber, ketika kapal berlabuh, kereta pertama hingga keenam yang berada di atas jambatan tersebut selamat menyeberang tetapi ketika kereta ketujuh melalui kawasan itu, angin tiba-tiba bertiup kencang sehingga menyebabkan jambatan terbabit terputus.

Seorang mangsa meninggal dunia
Berdasarkan video yang dikongsikan di TikTok, kelihatan sekumpulan lelaki termasuk pihak berkuasa berada di dalam tasik Danau Toba itu untuk menghulurkan bantuan kepada keempat-empat mangsa. Bukan itu sahaja, mereka turut memberi life jacket kepada kesemua mangsa sebagai langkah keselamatan kerana bimbang kereta tersebut akan tenggelam sepenuhnya.

Berikutan daripada insiden itu, tiga orang mangsa iaitu Neiny Safrina (33 tahun) Farida dan Zulkarnain Tanjung masing-masing berusia 72 tahun berjaya diselamatkan manakala Desy Marizdayani berusia 32 tahun yang berada di bahagian penumpang belakang disahkan meninggal dunia. Difahamkan, pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian ini.

- ohbulan.com

Video di https://ohbulan.com/video-kereta-terjunam-dalam-tasik-ayah-terkial-pakai-life-jacket-sayu-anak-tak-dapat-diselamatkan

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!