About Me

Kerajaan dijangka umum bantuan i-Sinar, moratorium, diskaun bil elektrik


KUALA LUMPUR: Kerajaan dijangka mengumumkan bantuan melibatkan pemberian moratorium dan i-Sinar bagi meringankan beban rakyat yang terkesan akibat COVID-19, dalam masa terdekat.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, mengesahkan perkara itu dalam satu perkongsian ringkas di laman Facebook beliau.

“Isu moratorium dan i-Sinar. Saya sudah berbincang dengan Perdana Menteri dan agensi-agensi berkaitan.

Kerajaan mendengar suara rakyat dan bantuan yang wajar akan diumumkan dalam masa terdekat, insya-Allah,” kata Tengku Zafrul.

Dalam perkembangan sama, Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Shamsul Anuar Nasarah turut memberi petunjuk bahawa pengumuman bantuan diskaun Tenaga Nasional juga dijangka diumumkan.

“Saya ditanya pelbagai pihak. Kerajaan memahaminya. Oleh itu. Kepada semua. Rebat ICPT & Diskaun Elektrik akan diumum sedikit masa lagi,” katanya dalam perkongsian di laman Facebooknya.

Segala bantuan ini mungkin merupakan antara pakej bantuan COVID-19 berskala besar yang akan diumumkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, seperti yang disebut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin, pada Khamis.

Beliau sebelum ini mendedahkan bahawa kerajaan akan mengumumkan satu lagi pakej bantuan ekonomi, namun tidak memberi sebarang perincian berhubung bantuan berkenaan termasuk jumlah dan bila ia akan diumumkan.

- Awani 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!