About Me

KEMPUNAN BEKERJA DI MALAYSIA, 10 PATI INDONESIA DICEKUP BARU MENDARAT

Seramai 10 pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Indonesia ditahan sejurus mendarat di kawasan kebun sawit di Jalan Kampung Serong Laut, Serkat di sini semalam.

Pasukan Gerakan Am (PGA) Simpang Renggam yang melakukan serbuan itu jam 9.30 pagi turut menahan 
empat lelaki tempatan yang bertindak sebagai 'transporter' termasuk seorang dalangnya dikenali sebagai Boi.

Pegawai Pemerintah Batalion 5 PGA, Superintenden Dimin Awang berkata, mereka yang ditahan dalam Op Benteng itu terdiri daripada empat lelaki tempatan berusia antara 21 hingga 45 tahun.

Selain itu, lima lelaki dan lima wanita warga Indonesia berusia 18 hingga 36 tahun turut ditahan berdekatan rumah penampungan dalam kebun sawit berkenaan.

Turut dirampas empat buah kenderaan yang digunakan sindiket tersebut, iaitu Toyota Wish, Perodua Bezza, Perodua Alza dan Perodua Kenari," katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Hasil siasatan awal mendapati semua suspek mengaku memasuki negara ini melalui jalan laut dan mendarat di Kampung Kubur Telok Kerang sebelum dihantar oleh keempat-empat transporter tersebut ke rumah penampungan itu.

Menurutnya, semua suspek dipercayai dalam proses penghantaran ke Johor Bahru dan Kuala Lumpur semasa tangkapan dilakukan. 

Hasil soal siasat juga mendapati aktiviti itu didalangi lelaki bernama Boi dan sudah bergerak aktif sejak setahun lalu. 

Dimim berkata, anggaran keseluruhan nilai rampasan berjumlah RM197,537.

Tangkapan dan rampasan dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian untuk tindakan lanjut serta kes disiasat di bawah Seksyen 26(a) Akta Atipsom 2007, Seksyen 5(2) Akta Imigresen dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen.

 VOICE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!