About Me

'Kembar' Shah Rukh Khan mahu bertemu idola

            IBRAHIM kanan dan SRK kiri

Mumbai: "Saya nak bertemu dan berjabat tangan dengannya! Saya adalah peminat tegar Shah Rukh Khan sebagai pelakon dan sebagai dirinya,"

Demikian kata 'kembar' Shah Rukh Khan dikenali sebagai Ibrahim Qadri dalam satu temubual bersama media di India.

Ibrahim juga mengakui bahawa bintang Bollywood itu menjadi pengaruh besar dalam kehidupannya.

"Dia mempengaruhi kehidupan saya. Di luar Mannat (kediaman Shah Rukh), saya dapat rasakan bagaimana besar pengaruh yang dia ada. Saya sendiri dapat merasakan pengalaman itu sebab saya menjadi dirinya," katanya.

Ibrahim yang memiliki wajah mirip Shah Rukh Khan turut berkongsi pengalamannya ketika pertama kali melawat kawasan luar Mannat.

"Pada 2017, ketika pertama kali saya datang ke Mumbai, saya juga sama seperti peminatnya yang lain yang akan melawat Mannat dengan harapan dapat melihatnya walaupun dari luar.

"Tak lama selepas itu, orang ramai yang berkumpul di situ mula mengelilingi saya dan pengawal keselamatan yang berada di situ cuba membantu saya daripada diserbu!

"Dari situ, saya mula sedar bahawa apa yang orang katakan mengenai kemiripan wajah saya dengan Shah Rukh Khan selama ini adalah benar," katanya.

Sejak itu, dia mula tampil dengan penampilan ala Shah Rukh Khan serta mula dijemput ke pelbagai acara di seluruh India.

Di media sosial, Ibrahim turut memuat naik gambar-gambarnya yang mirip dengan idolanya itu.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!