About Me

Keluarga mangsa kebakaran cari hero bantu arwah ayah


KUALA TERENGGANU: Anak ke­pada mangsa kebakaran yang maut di Kampung Losong Haji Su di sini mencari individu yang sanggup menggadai nyawa membantu membawa keluar Allahyarham bapa mereka, Jusoh Muda, 83, agar tidak terperangkap dalam api.

Haliza Jusoh, 52, berkata, tindakan berani dan pantas lelaki berkenaan yang merupakan antara individu terawal menghulurkan bantuan kepada bapa mereka amat dihargai pihak keluarga.

Katanya, kesemua ahli keluarga berharap dapat menjejaki lelaki itu bagi menyampaikan rasa terima kasih yang tidak terhingga atas jasa besar yang dilakukan.

“Saya tidak berada di lokasi kejadian dan daripada video tular kami nampak ada tiga individu awal yang bertungkus-lumus cuba menyelamatkan arwah ayah dengan seorang daripadanya nampak berusaha menarik ayah keluar.

“Kami sekeluarga cukup berterima kasih kepada insan mulia itu kerana sanggup me­redah api dan menggadai nyawanya demi menyelamatkan arwah ayah,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Jusoh yang melecur pada badan dan kaki, bagaimanapun menghembuskan nafas ter­akhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) pada pukul 6.31 pagi, semalam.

Jenazah Jusoh selamat dikebumikan pada pukul 11.30 pagi di Tanah Perkuburan Makam Lama, Cabang Tiga berhampiran pusara arwah isterinya, Fatimah Mohd, 79, yang maut dalam kebakaran itu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi Isnin lalu, Fatimah tidak sempat menye­lamatkan diri kerana pergerakannya yang terbatas dan di­temukan tertiarap di bawah run­tuhan rumahnya selepas ke­bakaran dapat dipadamkan. 


– UTUSAN

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!