About Me

Keluar nota bantahan, panggil Duta Besar China

Kuala Lumpur: Kementerian Luar akan mengeluarkan nota diplomatik kepada kerajaan China bagi membantah pencerobohan pesawat tentera udara China yang memasuki ruang udara Malaysia.

Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam kenyataan malam ini berkata, kementerian juga akan memanggil Duta Besar China ke Malaysia untuk memberi penjelasan berhubung pelanggaran ruang udara dan kedaulatan Malaysia oleh 16 pesawat milik Tentera Udara Republik Rakyat China (PLAAF).

"Pendirian Malaysia jelas - mempunyai hubungan diplomatik yang mesra dengan mana-mana negara tidak bermakna kami akan berkompromi dengan keselamatan negara kita. Malaysia tetap teguh mempertahankan maruah dan kedaulatan kita," katanya.

Hishammuddin juga berkata, beliau akan menyampaikan kebimbangan serius Malaysia mengenai perkara itu kepada rakan sejawatnya di China.

Hari ini, Panglima TUDM Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad berkata Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) semalam, mengesan 16 pesawat PLAAF memasuki ruang udara Zon Maritim Malaysia (ZMM), Kota Kinabalu Flight Information Region (FIR) dan menghampiri ruang udara nasional.

Beliau berkata, penerbangan mencurigakan pesawat PLAAF itu dikesan oleh Radar Pertahanan Udara TUDM dari Pusat Pertahanan Udara di Sarawak pada11.53 pagi.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!