About Me

Kanak-kanak 2 tahun terkunci dalam kereta


PONTIAN – Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun mengalami detik cemas apabila terperangkap dalam sebuah kereta milik bapanya dalam kejadian di Lorong Berkat, Kayu Ara Pasong di sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP), Pontian, Jalan Alsagoff, Penolong Penguasa Bomba Azhar Abd. Jalil berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan dari keluarga mangsa pada pukul 7.35 pagi.

Menurutnya, ketika kejadian, ibunya dikatakan meletakkan mangsa di dalam kereta jenis Honda Fit sebelum wanita itu tertinggal sesuatu di dalam rumah.

“Mereka berdua hendak keluar rumah mahu hantar kanak-kanak ke rumah pengasuh tetapi ibunya tertinggal sesuatu dalam rumah.

“Apabila sudah keluar dari kereta, kunci rumah pula tertinggal di dalam kereta, bila nak buka pintu kereta tiba-tiba terkunci secara automatik,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Azhar berkata, Pasukan Keluar Operasi (PKO) menggunakan peralatan khas untuk membuka pintu kereta bagi menyelamatkan kanak-kanak itu yang terperangkap kira-kira 24 minit. 

-K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!