About Me

Kampung Petaseh Hulu dilanda banjir kilat kali kedua


Jelebu : Hujan lebat selama dua jam menyebabkan Kampung Petaseh Hulu dilanda banjir kilat kali kedua dalam tempoh seminggu.

Banjir bermula jam 2 petang itu turut menyebabkan beberapa rumah turut dimasuki air akibat limpahan Sungai Petaseh.

Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Simpang Pertang, Khairul Izzuan Othman berkata bagaimana pun tiada mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan banjir.

Menurutnya, jalan utama berhampiran kampung yang menuju ke Kuala Klawang dan Simpang Pertang turut digenangi air serta tidak boleh dilalui oleh kenderaan ringan.

"Kawasan itu sering dilanda banjir kilat dan bomba berada di lokasi kejadian sehingga jam 5 petang sebelum menamatkan pemantauan," katanya.

Pada Selasa lalu, kampung berkenaan dilanda banjir kilat namun tiada mangsa dipindahkan.

Sementara itu Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN ) Pertang Noor Azmi Yusof berkata pihaknya akan mencari jalan penyelesaian terbaik bagi menghentikan masalah banjir kilat ini.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!