About Me

'Kami akan terus usaha, doa supaya kakak pulih'


Seremban: Doktor menganggarkan tempoh pemulihan Jahidah Nordin yang koma dan parah selepas disyaki dipukul suami akan mengambil masa lama, mungkin setahun atau lebih lagi.

Namun keluarganya tidak berputus asa sebaliknya, tekad menjaga Jahidah, 43, yang hamil 13 minggu sebaik mungkin, sehingga wanita itu pulih dan dapat berinteraksi dengan mereka seperti sebelumnya.

Ketika ini, adik Jahidah, Fuziah, 40, berkata, kakak sulungnya itu sudah membuka mata tetapi tidak memberikan sebarang reaksi, apatah lagi bercakap malah, tubuhnya juga tidak dapat digerakkan.

"Doktor sendiri beritahu dia boleh pulih tapi bukan dalam masa singkat kerana kerosakan pada otaknya serius iaitu tahap tiga dan ada juga kecederaan di belakang badan yang teruk dan berlubang, selain lebam pada anggota badan lain.

"Sedih melihat keadaannya begini dan dia hanya terbaring di katil. Kami masih tidak dapat berkomunikasi walaupun matanya sudah buka.

"Cuma kami rasa lega sedikit apabila doktor memberitahu keadaan anak yang dikandungnya dalam keadaan baik," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Fuziah mengakui keadaan Jahidah yang juga anak sulung daripada tujuh beradik itu tidak banyak berubah selepas mereka membawanya pulang ke rumah.

Dia juga melahirkan kekesalan atas kejadian berlaku kerana tidak menyangka Jahidah diperlakukan sedemikian rupa oleh suami, Rosmaini Abd Raof, 38, yang dikahwini tidak sampai setahun dan tiada perikemanusiaan.

"Angkara perbuatan dia (suspek), kakak saya jadi macam ini, kalau kecederaan akibat kemalangan jalan raya atau insiden yang tidak jangka, mungkin kita boleh terima," katanya yang memberitahu hukuman yang bakal dikenakan ke atas Rosmaini tidak setanding penderitaan ditanggung kakaknya.

Fuziah berkata, tugas menjaga Jahidah digalas sejak tiga hari lalu selepas diserahkan adiknya, Fazariah, 38, yang menetap di Melaka.

"Kami sekeluarga akan terus berusaha dan berdoa dengan harapan dia dapat pulih seperti sedia kala" katanya yang memaklumkan turut melakukan fisioterapi ringan ke atas anggota badan Jahidah seperti disyorkan doktor dan memberi wanita itu minum susu khas dan bubur cair yang dimasukkan menerusi tiub.

Kisah Jahidah yang juga penjawat awam di Johor mendapat perhatian selepas koma dan mengambil kecederaan serius di kepala dan tengkorak disyaki akibat dipukul Rosmaini pada 4 Mei lalu.

Rosmaini dituduh di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, semalam atas tuduhan itu mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!