About Me

Jumpa rangka manusia


Tumpat: Rangka manusia ditemui dalam sebuah bangunan yang dijadikan rumah sarang burung layang-layang di Kampung Gelang Kechik, di sini, hari ini.

Rangka dipercayai lelaki berusia sekitar 60-an itu ditemui pesawah jam 9.30 pagi tadi yang terhidu bau busuk di kawasan berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tumpat, Deputi Superintendan Mohd Razi Rosli berkata, pesawah itu yang sedang mengerjakan sawahnya tidak jauh daripada lokasi berasa curiga dengan bau busuk berkenaan.

"Lelaki itu memasuki bangunan dan menjumpai rangka manusia dengan beberapa bahagian badan sudah tiada dipercayai dimakan haiwan.

"Rangka itu dipercayai pekerja yang menjaga bangunan terbabit yang turut menghuni premis itu di aras bawah," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohd Razi berkata, berdasarkan kenyataan majikannya, mangsa berasal dari Johor dan tinggal berseorangan di pondok terbabit.

Menurutnya, mangsa juga tidak mempunyai waris dan hidup merempat namun tidak mendatangkan masalah kepada orang lain.

"Hasil pemeriksaan tidak menemui sebarang kesan jenayah dan mangsa dibawa ke Hospital Tumpat dan proses bedah siasat dijalankan pagi esok," katanya.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!