About Me

Jumpa bayi di perhentian bas


Seremban: Pekerja pembersihan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Felda Sri Sendayan, di sini, terkejut selepas menemui bayi di perhentian bas berhadapan sekolah berkenaan, pagi ini.

Bayi yang dibungkus dengan tuala dan diletakkan di dalam kotak itu ditemui pada jam 11.58 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban menerima maklumat penemuan bayi itu oleh pekerja pembersihan.

"Bayi perempuan itu dijumpai di perhentian bas berhadapan SMK Felda Sri Sendayan.

"Bayi itu dalam keadaan sihat dan dianggarkan berusia dua hari.

"Bayi itu kemudian dihantar ke Hospital Tuanku Ja`afar (HTJ) Seremban untuk pemeriksaan lanjut," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001.

Mohd Said berkata, pihaknya memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat untuk tampil membantu siasatan.

"Mereka yang mempunyai maklumat boleh menghubungi pegawai penyiasat iaitu Inspektor Adi Khusaini Saripudin di talian 012-7778789," katanya.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!