About Me

Jika lahir, di mana bayinya?


Cape Town: Dakwaan seorang wanita bahawa dia melahirkan 10 anak kembar di Afrika Selatan masih menjadi misteri.

Ini kerana perkara itu masih belum dapat disahkan pihak berkuasa Afrika Selatan.

Ia menyebabkan penduduk tempatan tertanya-tanya apakah kisah kembar 10 itu benar atau sebaliknya.

Sebelum ini, Gosiame Thamara Sithole mendakwa dia melahirkan tujuh bayi lelaki dan tiga bayi perempuan menerusi pembedahan dan ketika kandungannya berusia 29 minggu.

Suaminya, Teboho Tsoetsi memaklumkan kepada akhbar tempatan, Pretoria News bahawa isterinya selamat melahirkan kembar itu di sebuah hospital di bandar Pretoria Isnin lalu.

Katanya, ia adalah kejutan besar kepada mereka selepas doktor hanya mengesan lapan bayi pramatang dalam kandungannya.

"Ia tujuh (bayi) lelaki dan tiga (bayi) perempuan. Dia (isteri) hamil tujuh bulan tujuh hari. Saya gembira. Saya beremosi," kata akhbar itu.

Ibu yang berasal dari Thembisa di Ekurhuleni itu bekerja sebagai pengurus stor dan sudah memiliki anak kembar dua yang kini berusia enam tahun.

Jika dakwaan itu benar, mereka kini mempunyai 12 orang anak.

Penduduk di negara itu teruja untuk menunggu bukti yang akan memecahkan rekod dunia.

Dalam pada itu, saudara terdekat pasangan itu yakin dakwaan itu benar.

"Dia menerima 10 bayi serentak, kami bersyukur kepada Tuhan.

"Sebagai jiran, kami perlu membantu dengan apa cara sekali pun," kata Wilson Machaya, jiran kepada pasangan berkenaan.

Dalam pada itu, Jabatan Pembangunan Sosial di wilayah Gauteng, Afrika Selatan sedang menjejaki di mana Sithole berada.

Jurucakapnya Feziwe Ndwayana berkata, pihaknya akan membuat pengumuman selepas bertemu keluarga berkenaan.

Bulan lalu, seorang wanita Mali melahirkan sembilan orang bayi di Maghribi, dipercayai wanita yang paling banyak melahirkan bayi menerusi satu kehamilan.

Pada 2009, seorang wanita di Amerika Syarikat, Nadya Suleman mengejutkan dunia apabila melahirkan lapan bayi menerusi satu kehamilan.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!