About Me

'Jangan tertekan, cuba cari jalan keluar' - PU Azman


Kuala Lumpur: Pendakwah bebas yang kini juga pelakon, Pencetus Ummah (PU) Azman mengingatkan supaya orang ramai terutama masyarakat Islam supaya sentiasa meminta pertolongan Allah SWT susulan kes bunuh diri dan kesihatan mental akibat tekanan hidup yang dihadapi dalam tempoh penularan Covid-19 di negara ini sekarang dilihat semakin membimbangkan.

Azman berkata, setiap musibah yang Allah turunkan adalah bersesuaian dengan tahap kekuatan seseorang itu.

"Allah tidak menguji melebihi kadar kemampuan iman hamba-Nya. Jadi apa yang perlu dilakukan adalah kita perlu mencari jalan keluar atau kekuatan kepada sesuatu masalah. Tidak dinafikan saya juga kadang-kadang berdepan tekanan dalam hidup ini dan ia satu perkara normal, tapi kita tidak boleh mengalah dan mencari jalan terbaik seperti bina kembali hubungan dengan Allah dan bergaul dengan manusia.

"Sentiasa merujuk kepada orang yang boleh terima dan mendengar masalah kita. Dia mungkin tidak boleh menyelesaikan masalah yang kita hadapi, tapi sedikit sebanyak dapat melegakan hati dan masalah yang sedang ditanggung," katanya.

Semalam, seorang lelaki yang berdepan masalah kemurungan sejak perniagaan diusahakannya gagal maut selepas terjun dari tingkat 10 pangsapuri di Pulau Pinang.

Azman juga ingin mengingatkan kepada semua supaya menjauhkan diri daripada individu toksik dan bergaul dengan individu positif.

"Elakkan diri bergaul dengan individu toksik serta kurangkan pembabitan dalam media sosial sebab kadang-kadang kita rasa diri seakan tidak berguna jika dibandingkan dengan orang lain.

"Kita perlu tahu satu perkara yang perjalanan setiap orang itu berbeza-beza. Jadi ada masa kita perlu bersendirian dan bergaul dengan orang yang bagus," katanya.

Dalam perkembangan lain, Azman bakal terbabit dengan program komedi berjudul B.T.S (Bujang. Tampan. Selamba) yang ditayangkan setiap Rabu, jam 9 malam di TV9.

Selain Azman, program terbabit turut dimeriahkan dengan kehadiran pelakon Hafidz Roshdi dan Bell Ngasri.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!