About Me

Isu penjualan arak dan rokok, saya tidak pernah berdiam diri - Nanta


KUALA LUMPUR: Menteri Perdagangan Hal Ehwal dan Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menepis dakwaan Ahli Parlimen Bangi, Ong Kian Ming kononnya wujudnya kekeliruan berhubung larangan penjualan arak dan kebenaran menjual rokok sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 yang bermula 1 Jun lalu.

Dalam satu kenyataan media pada Selasa, Nanta antara lain menegaskan bahawa KPDNHEP tidak pernah berdiam diri seperti didakwa, sebaliknya telah mengeluarkan kenyataan mengenai isu terbabit pada 31 Mei lalu.

"Antara isu yang dibangkitkan oleh beliau adalah kekeliruan terhadap larangan penjualan arak dan kebenaran menjual rokok yang telah mendapat perhatian pelbagai pihak.

"Beliau juga telah membuat kenyataan bahawa saya, sebagai Menteri yang bertanggungjawab terhadap Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung perkara ini.

"Beliau juga telah mendakwa KPDNHEP mengambil tindakan berdiam diri di dalam isu bengkel kereta yang turut menimbulkan kekeliruan di kalangan pemilik perniagaan, yang tidak pasti sama ada mereka diberikan kebenaran beroperasi. Ini menyebabkan banyak bengkel kenderaan ditutup dan menyusahkan ramai pihak termasuk pengguna," katanya.

Justeru ujar Nanta, beliau menghargai segala teguran dan ulasan yang diberikan Ahli Parlimen Bangi itu.

Walau bagaimanapun, beberapa kenyataan yang dikeluarkan itu jelasnya tidak benar sama sekali.

"Dakwaan beliau saya tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan bagi menjelaskan isu berkaitan penjualan arak dan rokok ini adalah tidak benar sama sekali.

"Pada 31 Mei 2020, saya telah mengeluarkan satu kenyataan rasmi melalui semua media bagi menjelaskan senarai perkhidmatan perlu sektor perdagangan yang dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula dari 1 Jun hingga 14 Jun 2021 di seluruh negara.

"Di dalam kenyataan rasmi itu, senarai perkhidmatan perlu yang diberi kebenaran operasi telah dinyatakan dengan jelas, selain SOP yang perlu dipatuhi oleh semua pihak terlibat. Di dalam senarai yang diberikan, telah diterangkan bahawa kedai serbaneka/mini market dan kedai runcit dikategorikan sebagai essential dan diberikan kebenaran beroperasi," ujarnya lagi.

Malah jelas Nanta, ia membawa maksud segala barangan yang dijual di kedai serbaneka boleh dijual kepada pengguna termasuk arak dan rokok.

"Seperti di kedai serbaneka, minuman keras juga turut dijual bersama-sama barang keperluan lain di bahagian jualan minuman pasar raya dan oleh itu, ia boleh dijual kepada pengguna.

"Perlu ditegaskan di sini bahawa kedai atau premis yang hanya menjual produk minuman keras tidak dibenarkan beroperasi," katanya lagi.

Mengulas mengenai keputusan Majlis Keselamatan Negara (MKN) memutuskan semua kilang minuman keras seluruh negara diarah tutup, katanya pihak KPDNHEP telah mengambil maklum perkara terbabit.

"Saya juga telah menjelaskan kepada pihak media dan kenyataan ini juga dikongsi di laman Facebook saya bahawa Kementerian mengambil maklum keputusan Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara yang telah membenarkan penjualan arak di kedai serbaneka seperti 7-Eleven sekiranya mempunyai lesen.

"Hanya kilang dan kedai menjual arak sepenuhnya (dedicated liquor store) yang tidak dibenarkan beroperasi. Penjualan rokok di kedai serbaneka juga dibenarkan kerana kedai serbaneka telah disenaraikan sebagai essential," kata Nanta lagi.

Bagi isu bengkel kereta pula, ujarnya kenyataan media yang dikeluarkan telah menjelaskan bahawa perkhidmatan bengkel kenderaan, penyelenggaraan dan alat ganti dibenarkan beroperasi.

Malah pengoperasian sesebuah premis itu hanya dihadkan dengan kapasiti pekerja sebanyak 60 peratus sahaja.

"Maka, tidak timbul isu Kement
erian berdiam diri berkaitan pengoperasian bengkel kereta kerana perkara ini telah dimaklumkan.

"Informasi berkaitan sektor yang dibenarkan juga telah dihebahkan secara meluas melalui pelbagai platform, termasuk di laman web dan laman sosial KPDNHEP selain hebahan media," katanya.

Justeru, beliau berharap penjelasan itu memberikan penerangan kepada semua pihak. Tambahnya, ketika situasi sukar dihadapi semua pihak, beliau turut berharap agar semua berhenti menimbulkan keresahan rakyat.

- Awani 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!