About Me

Isteri Rody Kristal pula sah positif Covid-19


Kuala Lumpur: Selepas gitaris kumpulan Kristal, Rody disahkan positif Covid-19, kini isterinya, Niena Azman juga dijangkiti virus terbabit. 

Rody atau nama sebenarnya Mohd Rodi Baharudin berkata, Niena mengalami gejala yang sama iaitu demam panas dan sakit kepala.

"Isteri saya pula disahkan positif Covid-19. Selepas terima keputusan 'swab test' semalam, dia terus kuarantin bersama saya di rumah ibu bapa saya. 

"Niena juga mengalami gejala yang sama dan dia masih demam serta sakit kepala," katanya. 

Terdahulu, Rody menerusi hantaran di Instagram berkongsi mengenai isterinya yang disahkan positif Covid-19 dan kini menjalani kuarantin bersamanya. 

Sebelum ini, Rody memaklumkan dia dijangkiti Covid-19 selepas menjadi kontak rapat adik iparnya yang disahkan positif virus itu terlebih dahulu. 

Menurut Rody, dia tidak putus berdoa dan meminta orang ramai untuk sama mendoakan supaya dua anaknya serta ibu bapa dijauhkan daripada dijangkiti pandemik ini. 

Katanya lagi, mereka bakal melakukan ujian saringan hari ini. 

"Doakan semoga anak-anak dan ibu bapa saya yang akan membuat ujian saringan hari ini berada dalam keadaan baik.

"Anak-anak dan ibu bapa saya kini tinggal di rumah saya buat sementara waktu," katanya. 

Rody berkahwin dengan Niena di Kulai Johor pada 27 April 2018 dan dikurniakan dua anak lelaki, Adithya Jabbar, 2 dan Barie Habibullah yang lahir pada 7 Julai tahun lalu.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!