About Me

Israel mahu jalin hubungan dengan Malaysia, Indonesia dan Brunei


Tel Aviv: Israel bersedia menjalin hubungan dengan tiga negara Islam di Asia Tenggara yang penduduk majoritinya beragama Islam iaitu Malaysia, Indonesia dan Brunei, lapor The Jerusalem Post.

Duta Israel ke Singapura, Sagi Karni dalam temu bual dengan akhbar berkenaan, usaha itu membolehkan rejim Yahudi 'memperbetulkan banyak salah faham berhubung konflik Israel-Palestin'.

Malaysia, Indonesia dan Brunei sebelum ini mengecam serangan rejim zionis selama 11 hari di Semenanjung Gaza, bulan lalu.

Ketiga-tiga negara turut menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) campur tangan bagi menghentikan serangan tidak berperikemanusiaan ke atas penduduk Palestin.

Selama ini, Malaysia, Indonesia dan Brunei tidak mempunyai apa-apa pertalian rasmi dengan Israel .

Bagaimanapun, Israel mempunyai kedutaan di negara lain di Asia Tenggara seperti Vietnam, Thailand, Myanmar dan Filipina.

Empat negara Arab iaitu Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Bahrain, Sudan dan Maghribi sebelum ini bersetuju menandatangani perjanjian bagi memulihkan hubungan dengan Israel, atas tajaan Amerika Syarikat.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!