About Me

Indonesia sasar sejuta rakyat disuntik sehari


Jakarta: Presiden Indonesia, Joko Widodo mengarahkan pihak berkuasa mempercepatkan program vaksinasi di negara berkenaan.

Ia susulan amaran daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengenai keperluan untuk meningkatkan sekatan sosial di negara ini akibat peningkatan jangkitan Covid-19 disebabkan varian baru yang membimbangkan.

"Kita perlu mempercepatkan proses vaksinasi untuk mencapai komuniti kelompok, yang diharapkan dapat menghentikan penularan wabak Covid-19," katanya ketika melawat pusat vaksinasi di luar ibu kota Jakarta.

Katanya, beliau sudah mengarahkan menteri kabinet dan kerajaan tempatan untuk meningkatkan jumlah penerima vaksin kepada sejuta orang setiap hari menjelang bulan depan.

Katanya, ketika ini Indonesia menjalankan vaksinasi kepada 500,000 penduduk setiap hari.

Negara dengan jumlah penduduk keempat terbesar di dunia itu mensasarkan untuk memberikan vaksin kepada 181 juta daripada 270 juta rakyatnya pada Mac tahun depan, tetapi hanya 11.8 juta mendapat dos penuh manakala 9.6 juta lagi mendapat sebahagian dos.

Jurucakap pasukan petugas Covid-19 kebangsaan, Wiku Adisasmito berkata, proses vaksinasi yang perlahan disebabkan vaksin yang terhad, kurang persediaan sistem kesihatan dan keraguan ke atas vaksin.

Indonesia sudah menerima 92.2 juta dos vaksin setakat ini.

Khamis lalu, sejumlah 12,624 jangkitan baru Covid-19 direkodkan di negara itu, peningkatan terbesar sejak 30 Januari, menurut data kementerian kesihatan.

Ia berpunca daripada pergerakan sempena cuti Aidilfitri bulan lalu serta kemunculan varian baru, versi Delta yang pertama kali dikenal pasti di India.

Sejumlah 12,624 jangkitan baru Covid-19 pada Khamis di negara berkenaan, peningkatan terbesar sejak 30 Januari, menurut data kementerian kesihatan.

Ia berpunca daripada pergerakan sempena cuti Aidilfitri bulan lalu serta kemunculan varian baru, versi Delta yang pertama kali dikenal pasti di India.

Di Jakarta, jumlah penggunaan katil hospital meningkat sehingga 75 peratus minggu ini daripada 45 peratus minggu lalu.

WHO dalam laporan pada Khamis berkata, peningkatan drastik itu menjadi perhatian utama dan memerlukan pelaksanaan langkah kesihatan dan sosial masyarakat yang lebih ketat, termasuk sekatan sosial skala besar.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!