About Me

Ibu minta hantaran RM 30,000, pemuda ini sanggup lepaskan kekasih


Sedar tidak mampu menyediakan nilai hantaran seperti yang diminta, seorang pemuda terpaksa berkorban kebahagiaan apabila mengambil keputusan untuk berpisah dengan kekasihnya.

Menerusi perkongsian video di platform TikTok baru-baru ini, Ahmad Syahriman mengakui dia hanya memiliki pendapatan yang sederhana dan tidak mampu menanggung permintaan RM30,000 daripada ibu bekas kekasihnya itu.

“Berkorban demi kebahagiaan”

“Ibu awak minta hantaran RM30,000.. tapi saya hanya seorang kuli. Dengan itu, saya terpaksa lepaskan awak. Semoga awak dipertemukan jodoh yang baik-baik,” tulis pemuda berusia 26 tahun itu.

Posting tersebut menerima hampir 40,000 tanda suka serta 2,709 komen netizen dimana rata-rata terkejut mengenai permintaan RM30,000 itu yang disifatkan sangat tinggi dinilainya untuk ditunaikan oleh kebanyakan bakal suami.

Selain itu, ada juga segelintir individu mendoakan pemuda berasal dari Kelantan itu agar dipertemukan jodoh dan bakal menantu yang sebaiknya tanpa memandang soal wang ringgit.

Mahal betul.. lawa sangat ke?

Jangan la beban pihak lelaki

Moga jumpa jodoh yang lebih baik!

Cari yang terbaik, bukan yang menjual

Kalau kacak macam awak, saya tak minta banyak…

Bagaimanapun, perkara yang terjadi tidak mematahkan semangat Syahriman sebaliknya terus bekerja untuk mengumpul duit demi menghadapi pelbagai cabaran di masa akan datang.

Berita penuh : https://utamadaily.com/hantaran-rm30k-pemuda-rela-lepaskan-kekasih/


LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!