About Me

Ibu dan anak antara tiga maut kereta bertembung motosikal


MIRI – Seorang ibu dan anak antara tiga yang maut dalam kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kereta dan sebuah motosikal di Kilometer 38, Jalan Miri/Bintulu di sini, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Deputi Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, mereka yang maut dalam kejadian kira-kira pukul 7.18 malam itu adalah anak beranak yang menaiki motosikal iaitu penunggang, Roland Garunsin, 26, serta pemboncengnya Maria Andam, 52, manakala pemandu kereta jenis Proton Wira dikenalpasti sebagai Mohammad Mukmin Sholehin Abdul Rahim, 29.

“Siasatan awal mendapati kereta terbabit sedang dalam perjalanan dari arah Miri menuju ke Bintulu sebelum hilang kawalan lalu terbabas masuk ke lorong bertentangan dan bertembung dengan motosikal berkenaan.

“Impak pertembungan telah menyebabkan motosikal terputus dua manakala kereta terbabit remuk pada bahagian hadapan kanan dan bumbung.

“Ketiga-tiga mangsa mengalami kecederaan parah dan telah meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mayat kesemua mangsa telah dibawa ke Bahagian Forensik Hospital Miri untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan.

-K!ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!