About Me

i-Sinar 2.0 adakah disambung....?


Program i-Sinar 1.0 tahun lalu akan berakhir, ramai netizen mengharap program yang sedikit sebanyak membantu ketika negara Malaysia dalam berada dalam pandemik COVID-19 ini yang terjejas pendapatan.

Tengku Zafrul menteri kewangan menerusi laman Facebook beliau,Saya perlu sebut disini bahawa i-sinar tidak boleh menjadi " our first option"

Katanya jika setiap kali kita lockdown kita tak boleh terus cakap, "ok, rakyat boleh keluar i-sinar." 

Sedangkan kita semua tahu, simpanan pencarum di KWSP itu untuk simpanan hari tua kita.

"KWSP ni bukan nya Bank untuk keluar bila masa kita suka." 

Semasa kerajaan memperkenalkan program i-lestari dan i-Sinar tahun lalu, ia bukanlah bertujuan untuk menjadi program kelaziman.Ia sebenarnya suatu tindakan luar biasa, pendekatan ini tidak pernah dibuat pentadbiran dahulu. 

Sama juga dengan moratorium automatik, itu pertama kali dalam sejarah negara. 

Dalam hal KWSP INI, kerajaan mengambil langkah luar biasa dengan mengizikan program i-lestari dan i-Sinar,kerana tahun lalu keadaan terlalu mendesak kita berbuat sesuatu diluar normal kerana pandemik ini satu fenomena yang luar biasa.

Seperti negara-negara lain ekonomi Malaysia juga nerudum teruk tahun lalu. 

Dalam hal KWSP, kerajaan sentiasa berhati-hati kerana dana itu adalah amanah dan tanggungjawab diberi rakyat yang mencarum dari muda hingga bersara. 

Jangan lupa, ramai juga pencarum KWSP yang tidak menyokong i-lestari dan i-Sinar kerana mereka tidak mahu melihat kedudukan KWSP terjejas dan memberi kesan pada dividen yang mereka akan terima. 

Untuk pengetahuan ramai, lebih RM80 billion ringgit telah dikeluarkan oleh pencarum melalui program i-lestari dan i-Sinar setakat ini. 

Ini bermaksud RM80 billion ringgit wang pesaraan untuk pencarum telah sudah tiada dalam simpanan KWSP, dari jumlah pencarum yang mengeluarkan simpanan mereka 80% adalah dari kelompok yang berpendapatan kurang dari RM5,000. 

Jadi kita lihat disini, begitu besar jumlah yang telah dikeluarkan. 

Sumber - Tengku Zafrul 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!