About Me

Hilang suami tempat bergantung, anak derita masalah pernafasan


Seremban: Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, begitulah dugaan dihadapi Jeniati Masri, 36, apabila suami yang menjadi tonggak keluarga meninggal dunia awal Ramadan lalu kerana ketumbuhan otak dan anak bongsunya pula menghidap masalah pernafasan.

Kehilangan arwah suaminya, Suhaimi Abd Jalil, 49, dan tahap kesihatan anak bongsunya, Aisy Rizq Hans Iman Suhaimi, 2, itu menyukarkan kehidupannya untuk membesarkan dua lagi anaknya yang masih kecil.

Menurut ibu malang itu, lebih menyukarkan dia adalah warganegara Indonesia.

"Sebelum ini, arwah suami saya bekerja sendiri (kontraktor binaan) dan saya hanya suri rumah sepenuh masa.

"Kami turut dikurniakan anak yang lain ialah, Aisy Danish Aiman, 7, dan Aisya Dhaniyah Ellysa, 6.

"Mujur arwah suami saya sudah menyelesaikan segala bayaran rumah dan sebuah kenderaan untuk kegunaan kami sekeluarga," katanya ketika ditemui di rumahnya di Paroi Jaya di sini.

Katanya, walau apa yang terjadi, dia tetap berharap anak bongsunya ini dapat dipulihkan demi masa depannya.

"Penyakit anak ini menyebabkan dia mengalami masalah pernafasan dan pembesarannya terbantut.

"Namun apa yang menjadi kebimbangan saya ialah tentang masa depan anak saya kerana buat masa ini saya perlu mencari pekerjaan yang sesuai untuk membesarkan tiga anak saya," katanya.

Jeniati berkata, anaknya itu hanya minum susu khas dan makan makanan yang lembut sahaja.

"Ini kerana sistem penghadamannya juga mempunyai masalah dan dia perlu dirujuk ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban untuk rawatan pakar.

"Dia juga perlu menukar alatan yang dinamakan 'tube gastrostomy' berharga RM700 dan 'tube trachy' iaitu alat untuk bernafas ikut leher," katanya selepas menerima sumbangan Pertubuhan Kebajikan Asnaf Setia Kasih Negeri Sembilan (PERKASIH N9) di rumahnya tadi.

Menurutnya, buat masa ini dia bercadang pergi ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Baitulmal untuk membuat permohonan bantuan yang selayaknya.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi PERKASIH N9, Muhamad Ridha Abdul Rahman berkata, pihaknya hanya menyumbang bantuan kecil untuk membantu keluarga ini dan membuka ruang agar kebajikan mereka terbela.

"PerkasihN9 membuka ruang kepada mereka yang pemurah di luar sana untuk membantu anak syurga ini meneruskan kehidupan seperti insan lain," katanya.

Segala sumbangan boleh disalurkan ke akaun Maybank 164146512134 atas nama Jeniati Masri atau terus menghubunginya di talian 012-6674521.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!