About Me

Harga siling minyak masak 5kg mungkin ditetapkan

SABAK BERNAM – Kerajaan mungkin menetapkan harga siling minyak masak lima kilogram (5kg) berikutan peningkatan mendadak harga bahan tersebut minggu ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata, keputusan tersebut bagaimanapun bergantung kepada hasil mesyuarat bersama dua kementerian lain pada Rabu depan.

Katanya, pihaknya juga akan membawa hasil perbincangan bersama syarikat pengeluar minyak masak 5kg yang telah dilakukan sebelum ini.

“Mesyuarat itu akan melibatkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) dan Kementerian Kewangan.

“Selepas mesyuarat itu, kita akan buat keputusan sama ada untuk meletakkan harga siling terhadap minyak masak 5kg atau sebaliknya” katanya selepas melawat sebuah pasar raya di Jalan Lama Kuala Selangor, di sini hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan kerajaan tidak mengawal harga minyak masak lima kilogram walaupun harga minyak sawit mentah naik sehingga lebih RM4, 300 metrik tan.

KPDNHEP dalam satu entri laman rasmi Facebooknya memaklumkan, kerajaan hanya memberi subsidi kepada minyak masak dalam pek polibeg satu kilogram (1kg) dengan peniaga hanya dibenarkan menjualnya pada harga RM2.50 satu beg.

Dalam perkembangan berlainan, Rosol menegaskan minyak masak pek polibeg mencukupi di pasaran ketika ini.

“Orang ramai tidak perlu risau dan sekiranya mereka mengesyaki ada kedai menyorok minyak tersebut boleh terus membuat aduan rasmi di mana-mana media sosial dan laman rasmi KPDNHEP,” jelasnya. 

-K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!