About Me

‘Hadiah’ hari lahir, empat dikompaun RM16,000


JOHOR BAHRU – Biarpun sudah banyak laporan akhbar mengenai individu yang dikenakan kompaun kerana melakukan aktiviti berkumpulan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), masih lagi ada yang berdegil membuat aktiviti tersebut.

Semalam, empat individu termasuk seorang wanita dikompaun sebanyak RM4,000 setiap seorang kerana ingkar SOP dengan mengadakan majlis sambutan hari lahir di sebuah pangsapuri di Jalan Dato Abdullah Tahir, di sini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd. Padzli Mohd. Zain berkata, dalam kejadian pukul 5 petang itu serbuan dijalankan sepasukan pegawai kanan dan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Johor Bahru Selatan.

Katanya, kesemua mereka yang berusia 26 hingga 31 tahun mengaku berkumpul untuk berhibur menyambut hari jadi salah seorang daripada mereka.

“Mereka telah dikompaun sebanyak RM4,000 setiap seorang mengikut kesalahan di bawah peraturan 10 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

-K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!