About Me

'Geng Jamil' tumpas


Jitra: Lapan individu 'Geng Jamil' termasuk seorang warga Thailand yang dipercayai aktif dalam aktiviti curi motosikal di daerah ini dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ditahan polis.

Kesemua mereka yang berusia antara 18 hingga 36 tahun ditahan pada 1 hingga 3 Jun lalu.

Mereka ditahan secara berasingan oleh pasukan Task Force Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu dan Balai Polis Air Hitam.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata, seorang dari suspek ditahan 1 Jun lalu pada 11.30 pagi dan merampas sebuah motosikal jenis Honda EX5.

Menurutnya, susulan daripada itu, polis menahan tujuh lagi suspek secara berasingan antara 8 pagi hingga 3 petang hari sama untuk membantu siasatan.

"Turut dirampas empat motosikal termasuk Yamaha 125ZR dan tiga Honda EX5 serta sebuah enjin motosikal yang dilaporkan hilang sebelum ini," katanya.

Menurutnya, hasil ujian saringan awal air kencing terhadap mereka mendapati kesemua positif dadah.

Difahamkan, modus operandi yang dilakukan kumpulan ini adalah dengan keluar secara berkumpulan pada lewat malam ketika PKP dan terus mencuri motosikal yang disasarkan.

Menurut Rodzi, pihaknya turut melakukan pemeriksaan di sebuah rumah namun suspek yang dikenali dengan nama Boy tiada di rumah.

"Lima daripada suspek iaitu suspek pertama hingga kelima yang ditahan mengaku terbabit dalam kegiatan curi motosikal di Air Hitam dan Alor Janggus di Alor Setar.

"Mereka kemudian menjual motosikal curi berkenaan kepada tiga suspek termasuk seorang yang masih bebas," katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana terbabit dalam curi motosikal.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!