About Me

Gantung diri selepas kecewa dalam cinta


SEBERANG PERAI – Seorang pelatih sebuah pusat serenti di Bukit Mertajam di sini ditemui mati dalam keadaan lehernya tergantung di hadapan pintu tandas sebuah bilik, dekat sini semalam.

Mangsa berusia 36 tahun itu ditemui dalam keadaan sudah tidak sedarkan diri oleh seorang petugas yang melakukan rondaan kira-kira pukul 8.10 malam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd. Samad berkata, siasatan pihaknya menemui satu nota di dalam sebuah buku yang tertera tulisan dalam bahasa Tamil.

Beliau berkata, nota yang diletakkan di atas katil itu menyebut bahawa dia meminta maaf kepada ibunya kerana menyusahkan keluarga.

Menurut Shafee, ia turut tertera catatan bahawa mangsa datang ke pusat serenti itu untuk berubah demi teman wanita, namun wanita itu telah berjumpa lelaki lain menyebabkan si mati berasa kecewa dan tidak akan menyusahkan lagi.

Sementara itu, beliau berkata, mangsa yang mempunyai empat rekod berkaitan dadah tersebut dikatakan masuk ke pusat serenti itu secara sukarela pada April lalu kerana mahu berubah.

“Dia bagaimanapun diasingkan selepas pakar perubatan mendapati lelaki itu mempunyai masalah kudis buta bagi mengelak daripada menjangkiti pelatih lain,” katanya.

Shafee berkata, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut. 

– K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!