About Me

Gagal kemuka surat MITI, 11 premis termasuk kedai 'nombor ekor' diarah tutup


KULIM: Sebanyak 11 premis perniagaan termasuk sebuah kilang di sini, diarah tutup serta-merta kerana gagal mengemukakan surat kebenaran beroperasi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) hari ini.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kulim (MPKK), Nadzman Mustafa berkata, pihaknya turut mengesan premis yang menjalankan aktiviti berbeza daripada yang tertulis dalam surat kebenaran MITI yang ditunjukkan.

“Selain itu, turut dikenakan tindakan adalah dua premis nombor ramalan yang beroperasi tanpa kebenaran. Mereka dikompaun RM2,000 setiap satu.

“Arahan penutupan ini dikeluarkan MPKK berkuat kuasa serta-merta hari ini dalam operasi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) bersama polis," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Nadzman, sehingga 5 Jun, sebanyak 1,741 premis diperiksa dan dipantau melibatkan kilang, restoran, bank, pasar, penjaja dan premis perniagaan.

“Sebanyak 113 premis diberi amaran tegas supaya mematuhi arahan SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“MPKK sebagai pihak berkuasa tempatan (PBT) diberi kuasa untuk mengeluarkan kompaun bagi kesalahan di bawah Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342),” katanya.

- Awani 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!