About Me

Gadis hilang ditemukan, teman lelaki ditahan kerana merogol


Shah Alam: Polis berjaya menemui gadis yang dilaporkan hilang pada 31 Mei lalu, di rumah teman lelakinya di Padang Jawa, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam melancarkan operasi mengesan gadis berkenaan di sekitar Shah Alam.

"IPD Shah Alam melancarkan Ops Jejak bagi mengesan gadis terbabit dan kira-kira jam 4 pagi tadi, kita berjaya menemui remaja berumur 15 tahun itu di sebuah kondominium di Padang Jawa.

"Gadis itu ditemui dalam keadaan baik dan polis mendapati dia duduk bersama teman lelakinya di rumah sewa lelaki itu," katanya.

Beliau berkata dalam sidang media selepas Operasi Khas Pemantauan Prosedur Operasi Standard (SOP) PKP 3.0 Sekatan Pergerakan Penuh fasa pertama IPD Shah Alam bersama Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan CIDB di tapak bina di Eco Ardence dan Sun Suria, Setia Alam di sini hari ini.

Baharuddin berkata, teman lelaki remaja berkenaan yang berumur 19 tahun ditahan di lokasi sama.

"Teman lelakinya sudah ditahan untuk direman dan polis akan teruskan siasatan lanjut.

"Dia disiasat atas kesalahan rogol mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan," katanya.

Baharudin berkata, bapa kepada remaja itu juga sudah membuat laporan yang anaknya dirogol hari ini.

Media sebelum melaporkan polis menerima laporan mengenai seorang remaja perempuan hilang ketika keluar bermain papan luncur di taman berdekatan rumahnya pada 31 Mei lalu.

Bapa mangsa hadir ke Balai Polis Seksyen 9 pada jam 11.28 malam Selasa lalu membuat laporan mengenai kehilangan anaknya.

Berita kehilangan gadis itu tular di media sosial di mana lokasi terakhir remaja itu dilihat di Seksyen 7 iaitu dalam kawasan taman perumahan.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!