About Me

Feri P. Pinang diubah suai kepada muzium, restoran dan feri pelancongan


GEORGE TOWN: Lima buah feri ikonik lama Pulau Pinang bakal berubah wajah apabila diubah suai menjadi muzium terapung, feri pelancongan dan restoran terapung di negeri ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP), Datuk Tan Teik Cheng berkata, lima buah feri itu akan diserahkan kepada syarikat yang berkelayakan mulai 1 Julai ini.

Beliau berkata, syarikat berkelayakan terbabit akan mengubah suai feri-feri ikonik ini kepada sebuah muzium terapung, dua feri pelancongan dan dua restoran terapung.

"Banyak cadangan telah diterima pada 19 Mac. Setelah dinilai oleh beberapa jawatankuasa SPPP, Mesyuarat Lembaga Pengarah SPPP pada pertengahan bulan Jun telah meluluskan syarikat yang berkelayakan untuk mengubah suai dan mengendali lima feri ikonik...SPPP dan syarikat yang berjaya akanmenandatangani kontrak untuk tempoh 10 tahun dengan opsyen disambung selama lima tahun lagi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tan berkata, syarikat-syarikat berkelayakan diberi tempoh tiga hingga enam bulan untuk memperbaiki dan mengubah suai feri-feri ikonik tersebut sebelum beroperasi sebagai pendorong sektor pelancongan di Pulau Pinang.

Beliau berkata, sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditamatkan, pihaknya akan mengadakan majlis penyerahan feri-feri berkenaan pada 1 Julai manakala jika PKP dilanjutkan, penyerahan tetap diadakan tetapi secara dalam talian.

"Misi utama SPPP sekarang adalah memastikan lima buah feri ikonik ini terus muncul di perairan Pulau Pinang. Saya percaya feri-feri ini akan menjadi produk pelancongan yang penting dan tempat percutian menarik di Pulau Pinang," katanya. 

- BERNAMA

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!