About Me

Enam tapak binaan gagal patuh SOP diarah tutup


Kuala Lumpur: Sebanyak 123 pemeriksaan tapak binaan dilakukan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) di seluruh negara, semalam.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, hasil pemeriksaan dilakukan mendapati 19 tapak binaan beroperasi, manakala 104 lagi tidak beroperasi.

"Dalam pemeriksaan itu, CIDB mendapati 13 tapak binaan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), manakala enam lagi diarahkan tutup.

"Secara keseluruhannya, CIDB sudah melakukan 19,365 pemeriksaan membabitkan 11,138 tapak binaan sejak 20 April lalu," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ismail berkata, seramai 752 individu tiba di semua pintu masuk antarabangsa negara dan menjalani kuarantin wajib, semalam.

Menurutnya, seramai 228,951 individu pulang ke tanah air sejak 24 Julai 2020 dan ditempatkan di 77 hotel dan 11 institut latihan awam (ILA) serta institut pengajian swasta di seluruh negara.

"Daripada jumlah itu, 7,283 individu sedang menjalani kuarantin, manakala 218,906 individu dibenarkan pulang dan 2,762 lagi dibawa ke hospital," katanya.

Mengulas mengenai barang keperluan asas, beliau berkata, penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) membuat 742 pemantauan harian terhadap 11 jenis bekalan barangan terdiri daripada 579 peruncit, 133 pemborong dan 30 pengilang, semalam.

"Pegawai penguatkuasa KPDNHEP juga melakukan 1,580 pemeriksaan khas pematuhan SOP dengan 1558 premis mematuhi SOP, manakala 22 lagi dikompaun.

"Pemantauan dan pemeriksaan dilakukan oleh penguatkuasa KPDNHEP di peringkat peruncit dan pemborong mendapati bekalan makanan berada dalam keadaan stabil serta mencukupi," katanya.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!