About Me

Enam sekeluarga tinggal sehelai sepinggang


TUMPAT – Enam sekeluarga tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka di Kampung Kelaboran di sini hangus terbakar dalam kejadian malam tadi.

Dalam kejadian pukul 10.45 malam itu, keenam-enam ahli keluarga yang berusia antara 20 hingga 50 tahun sempat menyelamatkan diri apabila mereka semua masih belum tidur.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tumpat, Penolong Penguasa Bomba Wan Baijuri Wan Hassan berkata, kejadian disedari salah seorang ahli keluarga yang sedang memasak di dapur sebelum terhidu bau asap dari arah sebuah bilik.

“Kesemua ahli keluarga itu terus keluar menyelamatkan diri sebelum api merebak ke seluruh bahagian rumah tersebut.

“Seramai 15 anggota bomba terus bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pukul 10.50 malam,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut Wan Baijuri, bomba berjaya mengawal kebakaran dan operasi tamat pukul 12.38 malam tadi.

Katanya, kejadian itu menyebabkan keenam-enam ahli keluarga itu tinggal sehelai sepinggang dan bomba sedang menyiasat punca kejadian serta jumlah kerugian yang dialami mangsa.

- K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!