About Me

Empat mangsa lemas Pantai Gorongon negatif COVID-19


PENAMPANG: Ujian saringan COVID-19 yang dijalankan terhadap empat mangsa termasuk tiga beradik yang lemas di Pantai Gorongon, Kampung Contoh, Petagas di sini, Selasa lalu, disahkan negatif.

Ketua Polis Daerah Penampang, Dep Supt Mohd Haris Ibrahim berkata, jenazah keempat-empat mangsa sudah diserahkan kepada keluarga, semalam dan selamat dikebumikan selepas itu.

Katanya, proses bedah siasat sudah selesai dijalankan sebelum ujian COVID-19 dibuat terhadap semua mangsa.

"Keputusan ujian COVID-19 semua keempat-empat mereka adalah negatif," katanya ketika ditemui selepas melakukan tinjauan pematuhan perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0 di Plaza 333, malam tadi.

Mohd Haris berkata, pihaknya bagaimanapun masih menjalankan siasatan berhubung punca kematian keempat-empat mangsa terbabit.

"Siasatan masih kita teruskan sehingga kita mendapatkan laporan bedah siasat daripada pihak hospital.

"Sepanjang tempoh PKP 3.0, masyarakat terutamanya ibu bapa dinasihatkan supaya memastikan keselamatan anak masing-masing.

"Pastikan anak-anak sentiasa dipantau dan diawasi supaya tidak keluar ke tempat yang merbahaya tanpa pengawasan," katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang Selasa lalu, empat mangsa termasuk tiga beradik iaitu Rafidah Amit, 14 tahun, Norain, 13 tahun, dan Korais, 8 tahun, bersama sepupu mereka Galang Nain, 17 tahun, dikatakan bersama empat lagi rakan ke pantai berkenaan untuk mandi.

Bagaimanapun, arus air laut dikatakan tiba-tiba deras sebelum menghanyutkan kelapan-lapan mangsa.

Jenazah empat mangsa itu selamat dikebumikan di Taman Perkuburan Orang-Orang Islam Kampung Contoh, di sini, kira-kira jam 3 petang, semalam.

- Awani 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!