About Me

Empat lelaki ditahan pecah masuk rumah Datuk Bandar


GEORGE TOWN – Empat lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian pecah masuk kediaman rasmi Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) di Jalan Park, Pulau Tikus di sini semalam.

Difahamkan suspek berusia 27 hingga 37 tahun ditahan dalam serbuan di Jalan Pantai Bersih, Butterworth kira-kira pukul 10.15 pagi.

Ketua Polis negeri, Datuk Sahabudin Abd. Manan ketika dihubungi mengesahkan mengenai tangkapan tersebut.

Jelasnya, pihak polis berjaya merampas semula sebahagian daripada barang yang dilarikan suspek.

“Kita masih mengesan saki-baki suspek serta barang kes,” katanya.

Difahamkan, kejadian itu disedari ahli keluarga Datuk Bandar MBPP, Datuk Yew Tung Seang kira-kira pukul 9 pagi selepas mendapati keadaan rumah berselerak.

Pemeriksaan lanjut mendapati pelbagai barangan termasuk komputer riba, beg berjenama, telefon bimbit, sejumlah matawang asing dan sebuah kereta jenis kenderaan utuliti sukan (SUV) jenis Honda CRV turut dilarikan penjenayah.

Difahamkan, semakan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) mendapati, ada kelibat lelaki memasuki kediaman dua tingkat itu pada pukul 5 pagi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 457 dan Seksyen 379A Kanun Keseksaan. 

– K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!