About Me

Empat lelaki bertindak agresif, cuba cederakan pegawai polis ditahan

                       gambar hiasan

KUANTAN – Empat lelaki warganegara tempatan ditahan pihak berkuasa kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas serta dikompaun kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, pihaknya mengambil tindakan terhadap sekumpulan lelaki yang didapati berkumpul tanpa mematuhi SOP di Taman Desa Damai, Bentong.

“Pada 6 Jun, lebih kurang pukul 5.30 petang, sepasukan pegawai dan anggota unit kereta peronda polis, Bahagian Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (BPJKK) Ibu Pejabat Polis Daerah IPD Bentong telah bertindak berdasarkan maklumat orang awam.

“Hasil pemeriksaan pihak polis mendapati keempat-empat lelaki warganegara tempatan berkumpul tanpa penjarakan fizikal dan sedang minum dipercayai mengandungi alkohol,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semakan juga mendapati kesemua mereka berusia dalam lingkungan 20 tahun hingga 28 tahun dari kawasan perumahan berlainan dalam kawasan PKPD.

“Ketika pemeriksaan dijalankan, dua daripada mereka bertindak agresif dan melontarkan kata-kata kesat dan enggan memberi kerjasama dengan tidak mahu mengemukakan dokumen pengenalan diri kepada pihak polis.

“Salah seorang saspek juga cuba untuk mencederakan seorang pegawai kanan polis wanita di lokasi tetapi berjaya dihalang,” kata Zaiham.

Susulan itu, kesemua mereka ditahan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam dalam menjalankan tugas dan dikompaun dibawah peraturan 17(1) Akta Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPDPPB) (No 2) 2021.

Kesemua mereka telah telah dikompaun RM5,000 seorang dan ditahan reman selama empat hari bermula semalam untuk siasatan lanjut.

- MalaysiaGazette

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!