About Me

Durian duri hitam paling mahal


RAUB – Meskipun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), namun harga durian tidak terjejas malah terus naik dengan menyaksikan durian duri hitam (black thorn) merekodkan harga paling tinggi.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Mohamad Mustahapa Awang berkata, pada masa ini harga runcit purata durian duri hitam adalah RM86 sekilogram diikuti durian musang king de­ngan harga RM61.65 sekilogram.

“Berdasarkan harga purata menyaksikan durian duri hitam naik kepada RM86 pada Jun tahun ini berbanding RM68 pada Jun tahun lalu, dengan harga ini tiga biji durian duri hitam yang berat sebiji dua kilogram mencecah lebih RM500.

“Antara faktor durian itu harganya tinggi adalah kerana tidak banyak pengeluaran di mana kebun besar yang menghasilkan durian duri hitam, pada masa ini hanyalah di Kulim Bandar Baharu, jadi ramai yang ingin mencubanya,” katanya di sini semalam.

Tambahnya, berdasarkan pemerhatiannya bentuk buah durian duri hitam yang sempurna membuatkan buah ber­kenaan nampak cantik dan menjadi pilihan orang ramai.

Menurut Mohamad Mustahapa, durian musang king yang berada di tempat kedua merekodkan harga purata RM61.65 sekilogram pada Jun tahun ini berbanding RM46 pada Jun tahun lalu.

“Sehingga Jun lalu durian udang merah berada di tempat ketiga dengan harga purata RM40.50 sekilogram diikuti durian IOI (RM33.95), durian D24 (RM32.80) dan durian kampung dengan harga purata RM17.60 sekilogram,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, harga raja buah itu juga bergantung kepada pengeluaran di satu-satu kawasan yang me­nyaksikan harga akan turun sekiranya berada di puncak pengeluaran.

Tambahnya meskipun berlaku kenaikan harga berban­ding tahun lalu, namun harga raja buah itu dilihat masih belum mencapai tahap maksimum dan permintaan terus meningkat dari semasa ke semasa.

“Berdasarkan pemerhatian saya di Raub baru-baru ini saya lihat harga buah durian musang king tidaklah tinggi sangat apabila dijual dengan harga RM35 sekilogram, mungkin di sesetengah tempat yang tidak banyak durian ini harganya akan tinggi.

“Jadi sebagai pengguna kita perlu bijak memilih membeli buah durian yang ditawarkan dengan harga berpatutan,” ujarnya. 

-K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!