About Me

Dua rumah dibalun ombak besar di Pulau Sayak.

SUNGAI PETANI: Dua penduduk di Kampung Teluk Pauh, Pulau Sayak meminta kerajaan membantu mereka mengatasi masalah ombak besar yang merosakkan rumah mereka, baru-baru ini.

Dalam kejadian tengah hari Jumaat lalu, rumah milik Faiz M Amin, 43, dan Abdul Halim Shaari, 35, dilanda ombak besar menyebabkan banyak peralatan rumah dan pukat rosak.

Faiz yang juga nelayan, berkata, sejak dua tahun ini sudah lima kali rumah mereka dilimpahi air laut akibat ombak besar.

" Tahun lalu dua kejadian rumah dilimpahi air laut sebelum hari raya, tahun ini selepas dua minggu raya rumah kami dilimpahi air.

" Banyak peralatan dan rumah rosak termasuk pukat udang yang digunakan untuk menangkap udang" katanya ketika ditemui. 

Faiz berkata, kejadian Jumaat lalu paling teruk menyebabkannya kerugian hampir RM3,000 dan laporan polis sudah dibuat berhubung kejadian itu.

"Saya memohon kerajaan dapat memberi bantuan rumah kepada kami kerana rumah yang ada sekarang cukup bahaya kerana dekat dengan laut, " katanya.

Sementara itu Abdul Halim Shaari, 35, berkata, Adun Pantai Merdeka, Ustaz Fadzli Hashim turut datang memberi bantuan kepada kami termasuk bantuan bencana alam," katanya.

Beliau yang juga nelayan memohon pihak berkuasa untuk datang meninjau masalah yang mereka hadapi.

Kampung Teluk Pauh terletak di penghujung Pulau Sayak mempunyai empat rumah termasuk yang didiami Faiz dan Abdul Halim. 
Dua rumah lagi berada di kawasan tinggi dan tidak berdepan dengan masalah ombak besar.

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!