About Me

Dua penghantar makanan ditangkap pukul pemandu lori


SHAH ALAM – Dua penghantar makanan ditahan selepas memukul seorang pemandu lori yang yang dipercayai melanggar rakan mereka dalam kejadian di Persiaran Setia Perdana, Setia Alam di sini semalam.

Penahanan suspek berusia 20 dan 25 tahun itu dibuat kira-kira pukul 2 pagi tadi di sekitar daerah ini.

Pergaduhan tersebut kemudiannya tular menerusi video berdurasi 14 saat di aplikasi WhatsApp.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, siasatan mendapati kemalangan berlaku antara penghantar makan dengan sebuah lori kira-kira pukul 5.30 petang semalam yang menyebabkan penghantar tersebut patah tangan.

Katanya, insiden itu juga menyebabkan pergaduhan oleh sekumpulan penghantar makanan dari aplikasi e-hailing yang sama.

“Penghantar makanan itu kini dirawat di zon kuning Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang.

“Cawangan trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam juga telah membuka kertas siasatan berhubung kejadian ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menambah, usaha mengesan suspek yang terlibat sedang giat dilakukan pihaknya.

“Pemandu lori tersebut dimaklumkan akan hadir membuat laporan polis hari ini,” ujarnya.

Baharudin memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 147/427 Kanun Keseksaan dengan kertas siasatan akan dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya dalam kadar segera untuk tindakan selanjutnya.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan masyarakat supaya tidak mengambil sebarang tindakan secara melulu dalam apa jua situasi yang boleh menyebabkan pelanggaran undang-undang.

“Semua pihak turut dinasihatkan agar tidak mengambil sebarang kesempatan di dalam isu ini bagi menjaga kesejahteraan awam khususnya masyarakat Shah Alam,” jelasnya. 

-K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!