Dua maut motosikal bertembung


ALOR SETAR – Dua lelaki maut selepas terlibat kemalangan membabitkan tiga motosikal di Kampung Kubang Rotan, Kuala Kedah di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.25 malam itu, mangsa, Amir Husaini Mohd. Rodzi, 15, dan Hamdan Adnan, 40, yang menunggang motosikal berasingan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala seorang lagi mangsa kemalangan berusia 22 tahun cedera ringan.

Seorang lagi penunggang motosikal berusia 22 tahun mengalami kecederaan ringan.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, kejadian berlaku ketika remaja berusia 15 tahun terbabit yang menunggang motosikal jenis Honda dalam perjalanan dari arah Taman Nelayan ke Kubang Rotan.

“Motosikal ditunggangi remaja itu kemudian bertembung dengan motosikal jenis SYM Sport Bonus ditunggangi nelayan berusia 40 tahun yang datang dari arah bertentangan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 

– K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 12.12

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!