About Me

Dua mati lemas dibawa arus deras


JOHOR BAHRU – Usaha murni seorang lelaki untuk menyelamatkan dua kanak-kanak yang terjatuh dalam longkang berhampiran Masjid Taman Cendana, Pasir Gudang, di sini berakhir tragedi apabila dia turut lemas.

Dalam kejadian pada pukul 4.12 petang itu, mangsa yang berusia 32 tahun ditemui mati lemas bersama seorang remaja lelaki berusia 13 tahun.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd. Sohaimi Ishak berkata, seorang lagi rakan kanak-kanak kepada mangsa lemas yang dianggarkan berusia 9 tahun masih dicari.

“Polis menerima laporan bahawa terdapat tiga orang termasuk dua kanak-kanak telah jatuh ke dalam longkang dan dibawa arus deras di lokasi kejadian pada pukul 4.12 petang.

“Saksi awam memaklumkan kanak-kanak berkenaan bermain di sekitar longkang tersebut dan terjatuh seorang lelaki bertindak terjun ke dalam longkang untuk cuba menyelamatkan mereka.

“Lelaki yang berusia 32 tahun itu bagaimanapun turut dibawa arus deras,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, longkang berkenaan dianggarkan sedalam dua meter.

“Operasi mencari dan menyelamat kesemua mangsa terus digerakkan dan sehingga pukul 6 petang hari ini, dua mangsa telah ditemui.

“Perkembangan terkini memaklumkan hanya seorang kanak-kanak yang terjatuh ke dalam longkang bagaimanapun usaha mencari kanak-kanak itu sedang dijalankan,” ujarnya.

-K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!